Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...
Catatan
Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011
Madah Persahabatan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Milik lah hati yang tak pernah membenci…. Miliki senyuman yang tak pernah pudar…. miliki kata-kata yang tak pernah menyakiti….. DAN Miliki sahabat yang senantiasa bersama mu… Sahabat umpama sebuah KOMPUTER, u enter dalam hidup I,I save u dalam hati,u format segala tentang I dan kerna itu lah tak mungkin I DELETE u dari memori i….. Line ini……tak kan putus kecuali awak letak titik. Semoga PERSAHABATAN kita seperti line ini yang selalu ……. ……….. ……………..BERTERUSAN!... SAHABAT..Apa ertinya? Mungkin macam iklan ALI CAFÉ: “Sahabat sejati senantiasa di hati Atau…. FAIR &LOVELY : “Tiap hari-hari sayang…TAPI Mama saya kata,sahabat itu bahaya macam iklan ASTRO : “Macam-macam ada! Apa-apa pun saya tidak kisah lah,bagi saya sahabat itu macam iklan LOREAL : “KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA” The sky is full of stars,but the moon is you... The earth is full of human,but the best is you... To for get you,i will never do you know why? Because the circle of our relationship will never END.... ...