Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...
Catatan
Tunjukkan catatan dari 2013
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
KASIH TUHAN KASIH SEMPURNA Bila ribut membadai langkah setianya dia berdiri kaku bersama segenggam harapan Dipunahkan dugaan yang menerja Kasih TUHAn kasih sempurna Berbisik setia menjadi kemegahan Harus sempurna sampai akhirnya Ketika anak kecil cuba berlari jalan dilalui gelap-Gelita Hatinya terdampar Nan keraguan Kegusaran menerja,lantas doa berbicara Kasih TUHAN kasih sempurna Semangat dipulihkan ucapan syukur diucapkan Hatinya selembut sutera wajahnya manis menyusun kata mama...Hadirmu dinantikan Engkau ibu selama-lamanya Kasih setia penuh kasih sayang Pasti ibu menyedari Kasih TUHAN kasih sempurna Disebalik wajah suram itu Sepekat kegelapan malam Semua musuh dipunahkan,dugaan tunduk mengalah langkahnya hebat,seorang Ayah Pemberian TUHAN terindah segalanya Kasih TUHAN kasih sempurna Kasih TUHAN kasih yang sempurna melebihi segalanya,penuh Rahasia Ayah,Ibu,Anak diberi percuma Tanpa TANDA HARGA Syukur selamanya,TUHAN memberkati Hasil Nukilan saj...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
PEMBERIAN TERINDAH Bila subuh berlalu pergi Ku susuli cebisan doa atas kesyukuran TUHAN,pemberian terindah besar AnugerahMu Layakkah daku menerima Sapaan hangat menyapa tubuh-ku Persoalan menerja,jawapan bertubi-tubi Di mana AYAH berada? Wajahnya harus mata memandang Sekalipun suram seakan senja Pudar sehangat wajah malam Secebis doa bersyukur buatmu AYAH Pemberian terindah kudakapi kemas Selimutkan ketulusan teduhan jiwa Hangatkan pemberian kehendak takdir Tanda ucapan terima KASIH Pemberian terindah keikhlasan Ilahi Sebuah kehidupan diberikan percuma Nyata aku menghargai TUHAN merestui AYAH berdiri megah menyusuri jalan Rahasia TUHAN tetap menjadi rahasia Ajarlah aku seperti AYAH Berperang duri ranjau dugaan…. Berpayungkan hangat mentari… Bertilamkan debuan tanah…. ...