Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012
 Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

JANGAN PAKSA CINTA

    Benarkah cinta hadir di celahan hati dan perasaan kasih sayang.Benarkah cinta itu hadir kerna kasih sayang.Kehadiran cinta itu bukan kita pinta,dan dia pergi tidak juga kita relakan.Sukar sangat dimengertikan.Kalau bercinta pasti rasa sakit,kecewa dan sedih di hati dan bila sendiri rasa sunyi,sepi dan memerlukan cinta.Hati dan perasaan sering saja memberontak.    “Kali kedua aku bercinta,hatiku terus juga disakiti.Aku tidak pernah memaksa cinta itu hadir dari hati ini.Aku tidak pernah merayu.Mengapa aku dicintai kalau hatiku sering saja disakiti.Kerna aku perempuan,kerna aku lahir serba kekurangan atau kerna apa aku berada di situasi seperti ini? Aku takut bercinta lagi.”Kecewa Nurul Atika.     “Aku tidak pernah memaksa cinta,kerna cinta-ku bukan harus jadi miliki-mu,tapi milik dia.Aku cintakan dia dan bukan kamu,tapi aku takut kamu kecewa.”Sukar hati Zohan mencari keputusan.     “Sejak pertemuan pertama aku sudah cintakan kamu.Kerna...

LUKISAN LAMBAIAN CINTA

      Sememangnya pelajaran,kerjaya,impian dan keluarga harus diutamakan dulu.Sekalipun dia harus melalui satu lagi penderitaan,akan dilakukan juga andai itu dapat memberi kebahagiaan yang diharapkan.Halangan,dugaan sili berganti tika dipuncak kejayaan hampir digenggam.Mengalah dan penyesalan itu kadang hadir,namun dirinya dikuatkan.Itu keputusan akhir .-Zac Zaini        Zac Zaini dan Francisca.Dua nama berbeza.Cinta saling dipendamkan.Bercinta mungkin saja belum waktunya.Sesekali jua ia hadir ingin dirasai,namun lantas perasaan diketepikan seketika.Cinta juga diberi nama.Mencari cinta ada disebalik Lukisan Lambaian Cinta.Ia telah hadir namun diri membohongi,kerna takut cinta bertepuk sebelah tangan.Hayati dan rasai lukisan itu.       Aku amat mencintaimu.Layakan aku bersamamu.Cinta ini sudah hadir sejak dulu.Aku pendamkan.Nantikan aku meluahkan.Aku tahu cinta tak datang kalau tak dicari,tapi tak larikan kalau su...