Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

JANGAN PAKSA CINTA

   Benarkah cinta hadir di celahan hati dan perasaan kasih sayang.Benarkah cinta itu hadir kerna kasih sayang.Kehadiran cinta itu bukan kita pinta,dan dia pergi tidak juga kita relakan.Sukar sangat dimengertikan.Kalau bercinta pasti rasa sakit,kecewa dan sedih di hati dan bila sendiri rasa sunyi,sepi dan memerlukan cinta.Hati dan perasaan sering saja memberontak.
   “Kali kedua aku bercinta,hatiku terus juga disakiti.Aku tidak pernah memaksa cinta itu hadir dari hati ini.Aku tidak pernah merayu.Mengapa aku dicintai kalau hatiku sering saja disakiti.Kerna aku perempuan,kerna aku lahir serba kekurangan atau kerna apa aku berada di situasi seperti ini? Aku takut bercinta lagi.”Kecewa Nurul Atika.
    “Aku tidak pernah memaksa cinta,kerna cinta-ku bukan harus jadi miliki-mu,tapi milik dia.Aku cintakan dia dan bukan kamu,tapi aku takut kamu kecewa.”Sukar hati Zohan mencari keputusan.
    “Sejak pertemuan pertama aku sudah cintakan kamu.Kerna cinta ini dari mata turun ke hati.Engkau bersinar dan bercahaya.Bukan terpaksa kita berpisah,namun ini dugaan dalam bercinta.Itu aku nak engkau fikirkan.”Masih mengharap Zee Zack.
Ia bermula dan berakhir,tidak siapa yang pinta dan tahu,kerna jangan paksa cinta.Ia terjadi seperti ini dan akan berakhir seperti ini juga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 kata motivasi berkenaan gigih dalam menghadapi halangan hidup

20 PETIKAN ATAU KATA-KATA DARI TOKOH TERKENAL YANG BERKAITAN DENGAN TEMA KECEKALAN

10 kata motivasi berkenaan ketabahan dalam menghadapi tentangan hidup