Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017
 Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

HARAPAN

Harapan Bila pagi kunjung tiba Ku hitung lagi langkah ini Jalan hidup ini Tidak ada yang sempurna sekali Ku susuri dan ku susuri Hingga di garis akhir Harapan Bercerita tentang perjuangan Aku perajurit Tuhan Siapkan menuai di ladang menguning ini. Jiwa-jiwa mahu aku ceritakan Tuhan kita itu sangat baik Harapan Bercerita seketika tentang cinta Hadirnya tanpa diundang Perginya tidak siapa merelakan Kini aku sedari Cinta didalam Tuhan Hatiku tenang...damai... Dan penuh sukacita. Harapan Jangan ditanya berapa kali Hatiku terluka? Tanyalah haruskah aku tersenyum Bila dugaan menerja bertubi- tubi Airmata terhenti,tidak berdaya Hampa...kecewa...oh Tuhan   Harapan Akhirnya aku sedari Aku yang memulai Aku yang harus mengakhiri Cerita kehidupan ini. Harapan...harapan... Harapan...harapan... Harapan..... Hasil Nukilan, Ron Ony Ronny 

KASIHMU IBU LUARBIASA

Bila senja berlalu pergi Aku masih berdiri kaku Di tepian jendela usang itu Mengimbas kembali sedetik langkah perjalanan Aku disapa suara lembut “Mari Anak ku,rehatkan tubuhmu.” Menyapa bahu dan memaut lengan ku Dari raut wajahnya aku memahami Ibu ku…Aku lemparkan sejuta senyuman aku mahu selalu bersamanya Kasihmu Ibu luar biasa Orang lain tidak mengenal ibuku Orang lain tidak tahu siapa ibuku Hanya aku tahu siapa ibuku sesungguhnya Hanya aku…YA hanya aku tahu Kasihmu Ibu luar biasa Kamu berlaku ramah, Kamu korbankan semuanya Kamu melakukan semuanya Kamu merelakan semua Segala-galanya kamu lakukan     Selamanya aku mencintai ibu Aku berdoa pada Tuhan Agar kasih ini tidak berubah selamanya Kerana Nyata Kasih Ibu di sanubari ini Aku Mengasihimu sedalamnya Ibu…..ibu…..ibu….ibuuuu….. Seandainya ada luka di hati Ada dendam tersimpan kemas Ada kepahitan ditumbuhi kekesalan Aku meminta maaf ibu Aku gagal men...

PEMBERIAN TERINDAH

Bila subuh berlalu pergi Ku susuli cebisan doa atas kesyukuran TUHAN,pemberian terindah besar AnugerahMu Layakkah daku menerima Sapaan hangat menyapa tubuh-ku Persoalan menerja,jawapan bertubi-tubi Di mana AYAH berada? Wajahnya harus mata memandang Sekalipun suram seakan senja Pudar sehangat wajah malam Secebis doa bersyukur buatmu AYAH Pemberian terindah kudakapi kemas Selimutkan ketulusan teduhan jiwa Hangatkan pemberian kehendak takdir Tanda ucapan terima KASIH Pemberian terindah keikhlasan Ilahi Sebuah kehidupan diberikan percuma Nyata aku menghargai TUHAN merestui  AYAH berdiri megah menyusuri jalan Rahasia TUHAN tetap menjadi rahasia Ajarlah aku seperti AYAH Berperang duri ranjau dugaan…. Berpayungkan hangat mentari… Bertilamkan debuan tanah…. Bermandikan titisan peluh bercucuran Anakmu ini terima pemberian terindah Walaupun biasa pandangan mata Berharga di mata TUHAN Melebihi kilauan Emas dan permata Kasih ...