Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...
Catatan
Tunjukkan catatan dari September, 2011
Tips Penulisan Novel
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
1. Tajuk novel -Peranan penting pada novel anda,kerna di sini akan menjadi yang pertama pembaca akan lihat.Pemilihan tajuk novel perlu di teliti sebaiknya.Ia ayat singkat,namun mempunyai maksud yang amat mendalam. 2. Tajuk kecil berkenaan pada novel -Peranan kedua pada novel.Ia biasanya diletak di bawah tajuk novel.Ia memberi gambaran pada tajuk dan cerita. 3. Tema -Pokok paling utama dalam membuat novel.Cerita yang dibuat perlu berkenaan pada tema dan tidak boleh keluar dari tema utama. 4. Persoalan -Persoalan pada tiap jalan cerita dan mengapa keadaan itu terjadi.Tiap jalan cerita itu ada persoalan yang akan terjawab juga. 5. Watak dan perwatakkan -Pemilihan nama watak dan perwatakkan pada watak perlu diteliti dan dicatit.Ini kerna,watak utama harus lebih banyak cerita daripada watak sampingan.Peranan tiap watak juga dapa...