Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

Tips Penulisan Novel

1.      Tajuk novel
-Peranan penting pada novel anda,kerna di sini akan menjadi yang pertama pembaca akan lihat.Pemilihan tajuk novel perlu di teliti sebaiknya.Ia ayat singkat,namun mempunyai  maksud yang amat mendalam.

2.      Tajuk kecil berkenaan pada novel
-Peranan kedua pada novel.Ia biasanya diletak di bawah tajuk novel.Ia memberi gambaran pada tajuk dan cerita.

3.      Tema
-Pokok paling utama dalam membuat novel.Cerita yang dibuat perlu berkenaan pada tema dan tidak boleh keluar dari tema utama.

4.      Persoalan
-Persoalan pada tiap jalan cerita dan mengapa keadaan itu terjadi.Tiap jalan cerita itu ada persoalan yang akan terjawab juga.

5.      Watak dan perwatakkan
-Pemilihan nama watak dan perwatakkan pada watak perlu diteliti dan dicatit.Ini kerna,watak utama harus lebih banyak cerita daripada watak sampingan.Peranan tiap watak juga dapat dibuat sebaik menurut cerita.

6.      Sinopsis
-Senaraikan bab demi bab jalan cerita yang ingin dibuat.Susun atur bab mengikut jalan cerita dari permulaan,pertengahan hingga akhir.Menyenaraikan bab ini,supaya jalan cerita yang kita ingin buat tidak lari dari tema dan tajuk.Ini juga mudah untuk kita buat cerita.

7.      Latar tempat,masa
-Tempat dan masa juga perlu disusun atur,supaya tidak ada keadaan yang boleh mencurigakan pembaca dan harus mengikut cerita.

8.      Nilai murni dan moral
-Setiap cerita yang dihasilkan harus lah mempunyi nilai murni dan moral.Itu tujuan utama dalampenulisan novel.Kita hendak sampaikan sesuatu pada pembaca agar pembaca tahu.

*Apa pun selamat mencuba pada yang berminat menulis novel.Buat sebaik mungkin dan fikir tujuan utama kita menulis novel.Tiada usaha tanpa kejayaan.

Ikhlas bersama,
Ron ony ronny
Tulun maduing.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 kata motivasi berkenaan gigih dalam menghadapi halangan hidup

20 PETIKAN ATAU KATA-KATA DARI TOKOH TERKENAL YANG BERKAITAN DENGAN TEMA KECEKALAN

10 kata motivasi berkenaan ketabahan dalam menghadapi tentangan hidup