Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
PEMBERIAN TERINDAH
Bila subuh berlalu
pergi
Ku susuli cebisan doa
atas kesyukuran
TUHAN,pemberian
terindah besar AnugerahMu
Layakkah daku menerima
Sapaan hangat menyapa tubuh-ku
Persoalan menerja,jawapan bertubi-tubi
Di mana AYAH berada?
Wajahnya harus mata memandang
Sekalipun suram seakan senja
Pudar sehangat wajah malam
Secebis doa bersyukur
buatmu AYAH
Pemberian terindah
kudakapi kemas
Selimutkan ketulusan
teduhan jiwa
Hangatkan pemberian
kehendak takdir
Tanda ucapan terima
KASIH
Pemberian terindah keikhlasan Ilahi
Sebuah kehidupan diberikan percuma
Nyata aku menghargai TUHAN merestui
AYAH berdiri megah menyusuri jalan
Rahasia TUHAN tetap menjadi rahasia
Ajarlah aku seperti AYAH
Berperang duri ranjau
dugaan….
Berpayungkan hangat
mentari…
Bertilamkan debuan
tanah….
Bermandikan titisan
peluh bercucuran
Anakmu ini terima
pemberian terindah
Walaupun biasa
pandangan mata
Berharga di mata TUHAN
Melebihi kilauan Emas dan permata
Kasih AYAH menikam menyusuri jiwaku
Selamanya kasih AYAH
hadir menemaniku.
Kasih TUHAN kasih yang
sempurna.
HASIL NUKILAN PUISI
Ron Ony Ronny
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan popular daripada blog ini
10 kata motivasi berkenaan gigih dalam menghadapi halangan hidup
Berikut adalah 10 kata motivasi berkenaan gigih dalam menghadapi halangan hidup, lengkap dengan penjelasan setiap satu: "Gigih adalah keberanian untuk terus maju meskipun halangan datang bertubi-tubi." Gigih bermakna memiliki semangat dan keberanian untuk terus bergerak maju, meskipun masalah dan halangan datang bertubi-tubi. Keinginan untuk mencapai matlamat tidak boleh pudar hanya kerana kesukaran yang dihadapi. Setiap halangan adalah peluang untuk menguji keteguhan hati kita. "Tidak ada yang dapat menghalang kita dari mencapai impian kecuali diri kita sendiri." Halangan yang kita hadapi dalam hidup sering kali datang dari luar, namun yang paling besar adalah halangan yang kita buat dalam minda kita sendiri. Gigih adalah kemampuan untuk melawan rasa takut, keraguan, dan kemalasan dalam diri untuk terus berusaha dan mengejar impian. "Gigih bukan hanya tentang kekuatan fizikal, tetapi tentang keteguhan hati yang tidak mudah goyah." Menjadi...
KETABAHAN DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP
KETABAHAN DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP Hai sahabat! Ketabahan adalah kunci untuk menghadapi segala cabaran dalam hidup. Bagaimana ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup membantu kita melalui masa yang sukar dan kekal tabah menghadapi semua ujian. Mari belajar bagaimana untuk memastikan hati kita tetap tabah di tengah-tengah badai. Keteguhan hati bukanlah sesuatu yang boleh dilihat, tetapi dirasai dalam setiap langkah kita. Kekuatan dari dalamlah yang membuatkan kita terus berjalan walaupun keadaan di luar amat sukar. Apabila kita tabah, kita tidak mudah goyah dengan masalah dan kita mampu menghadapi apa sahaja dengan kepala tegak pandang ke hadapan. Kesukaran adalah guru terbaik untuk kuat ketabahan. Setiap kali kita menghadapi masalah dan tidak berputus asa, kita kuatkan daya tahan. Ingat, tabah bukan bererti tidak rasa sakit, tetapi memilih untuk teruskan walaupun sakit itu ada. Dengan ketabahan, kita boleh menghadapi apa jua cabaran yang datang. Gigih ...
10 kata motivasi berkenaan ketabahan dalam menghadapi tentangan hidup
Berikut adalah 10 kata motivasi berkenaan ketabahan dalam menghadapi tentangan hidup, lengkap dengan penjelasan setiap satu: "Ketabahan adalah kunci untuk terus bertahan ketika segalanya terasa mustahil." Ketika hidup memberikan kita cabaran yang besar, ketabahan adalah kekuatan untuk terus maju meskipun segala-galanya terasa sukar. Ketabahan bukan hanya sekadar menahan rasa sakit, tetapi juga memilih untuk bertahan dalam keadaan yang penuh tekanan dan ketidakpastian. "Setiap tentangan hidup adalah kesempatan untuk menjadi lebih kuat." Masalah dan ujian yang kita hadapi tidak datang tanpa tujuan. Setiap cabaran adalah peluang untuk kita belajar dan berkembang. Ketabahan membuat kita semakin kuat dan lebih bersedia untuk menghadapi masa depan dengan penuh keyakinan. "Jangan biarkan tentangan hidup menumbangkan semangatmu. Bangkitlah, kerana kamu lebih kuat daripada yang kamu sangka." Tentangan hidup mungkin menguji ketahanan kita, tetapi ia...
Ulasan
Catat Ulasan