10 nasihat tentang penggunaan dunia digital masa kini yang perlu dijaga dan diteliti

 Berikut adalah 10 nasihat tentang penggunaan dunia digital masa kini yang perlu dijaga dan diteliti secara umum: 1. Jaga Privasi Data Peribadi Sentiasa pastikan maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat rumah, nombor akaun bank, dan kata laluan dilindungi. Gunakan tetapan privasi pada aplikasi dan media sosial anda. 2. Teliti Sebelum Kongsi Maklumat Pastikan maklumat atau berita yang anda kongsi telah disahkan kebenarannya. Jangan menjadi penyebar berita palsu atau fitnah yang boleh membahayakan orang lain. 3. Gunakan Kata Laluan yang Kuat dan Unik Pilih kata laluan yang sukar diteka dan elakkan menggunakan kata laluan yang sama untuk semua akaun. Tukar kata laluan anda secara berkala untuk keselamatan. 4. Pastikan Aplikasi dan Peranti Dikemas Kini Sentiasa kemas kini perisian, aplikasi, dan sistem operasi pada peranti anda untuk melindungi daripada ancaman keselamatan terkini. 5. Hati-Hati dengan Penipuan Online Teliti mesej, e-mel, atau tawaran yang mencurigakan...

BUKAN HATIKU BATU....cerpen

          Hujan turun membasahi bumi.Awal pagi seperti ini pasti rasa malas bangun dari tidur.Jika boleh tidur dua puluh empat jam lagi baik,tapi tugas sepanjang hari ini padat dan harus diselesaikan hari ini.Terpaksa juga kaki diangkut dari atas katil. Duduk lagi.Kuat sangat rasa malas ini memujuk diri.Lantas berdiri,kalau turutkan hati,nanti malas dan malas.Berperang perasaan sendiri.Matahari baru saja memulakan tugas sinarkan bumi.Bumi semakin tua,itu kata orang tua.Kiamat sudah dekat.Taubat cepat-cepat,takut nanti tidak sempat taubat,DIA sudah menjemput kita. Terus ke bilik mandi.Kedinginan mencengkam tubuh.Pantas air diserbu seluruh tubuh.Rasa sejuk ini kena lawan juga,baru badan segar dan malas itu berlari jauh-jauh.Keluar dari bilik mandi.

“Awal Ana mandi.”Senyum pagi Amera muncul dari arah dapur.Terus jalan ke ruang tamu.

“Hari ini nak jalan awal sikit.”Balas senyum Anafera berpeluk tubuh.Bergegas masuk bilik.Seluar Jeans warna biru dan baju lengan panjang biru muda.Rambut cukup sekadar sikat biasa.Basah lagi,tidak baik kalau ikat.

“Hari ini akak tidak kerja."Duduk bersila Anafera dekat Amera.Capai gelas sudah siap dengan air milo.Capai lagi goreng pisang.

“Tak lah keja hari ini.Bahaya.”Takut Amera pandang Anafera.

“Kenapa?”Soal Anafera tidak faham atau tidak tahu.

“Hari ini kan hari sabtu.Perhimpunan itu hari ini lah.”Jelas Amera.

“Kakak ini takut sangat.Bahaya itu ada dimana-mana lah kak.Kita harus sentiasa berfikir positif.Fikir yang baik-baik saja.Bukan macam akak.Ada saja risaunya.Bila nak habis pun tidak tahu.”

“Akak bukan takut,boyfriend akak tak nak suruh keluar.”

“Biasa lah.Baru dapat buah hati baru.Mesti kena jaga.”Gurau Anafera dan berdiri.

“Nak ke mana?”Muncul Safira berdiri di pintu bilik.

“Nak keja,mak.”Pandang Anafera dan terus pergi salam.

“Mak larang bukan kamu dengar pun.Jaga diri.Jangan pergi tengok perhimpunan itu.”Pinta Safira berat hati.

Jalan terus Anafera.Sebelum masuk kerja dia harus pergi kedai Seven-Eleven beli majalah URTV.Keluaran untuk bulan ini belum sempat beli.Jalan raya sunyi sepi.Tidak seperti hari biasa.Ramai Polis kelihatan bertugas.Di stesen LRT Taman Maluri saja ada lima orang menjaga.Mungkin betul perhimpunan itu hari ini.Jadi gusar perasaan.Terus jalan.Ikut kata hati.Berdoa kecil Anafera.

“Nak ke mana,cik?”Soal seorang polis.

“Kerja.”Gugup Anafera menjawab.

“Tren ini tidak singgah di stesen Hang Tuah.Terus ke Bandaraya.”Beritahu Polis.

“Tak apalah.Saya kerja di Sogo saja.”Senyum paksa Anafera dan terus jalan.

Tidak ramai hari ini.Selalu ramai dan bila saja tren tiba,pasti sesak dalam tren.Ini pula masuk saja banyak tempat duduk kosong.Kurang penumpang.Bergegas keluar dari tren.Sunyi-sepi.Tidak ramai di hadapan Sogo.

“Ana,awal sampai.”Sapa Asneza.

“Saja datang awal,lagipun hari ini aku bangun awal.”Senyum mesra Anafera.

“Berani kau keluar hari ini.”Berdiri Asneza sebelah Anafera.

“Kau ni sama saja dengan kak aku.Perhimpunan itu ada atau tidak sama saja bagi aku.Buat apa nak takut.”Jeling Anafera.

“Kak kau tidak keja.”Agak Asneza.

“Yalah.”Pantas kata Anafera.

“Aku nak pergi kedai sana.Nak beli Majalah Media.”Berjalan terus Anafera tinggalkan Asneza.Pandang saja Asneza.

“Bagus kau datang Ana.Ni muka kau kat majalah Remaja ni.”Tunjuk Safura.

“Aku terpilih ke peringkat akhir pencarian Dewi Remaja.”Gembira Anafera.

“Kalau menang belanja tau.Ana hebat lah.Untung dapat kawan sama Ana.Berfikiran jauh dan sungguh tabah.”Usik Safura.

“Kita harus berfikir positif dan terus berlumba ke hadapan.Siap cepat dia dapat.Cuba lah masuk.Mana tahu rezeki.Kata orang tua ayam nampak di kaki,tua manusia tidak siapa tahu.Bila lagi nak mencuba,kalau bukan harus mula dari sekarang.”Gurau Anafera.

“Ada juga pepatah kau Ana.”Tepuk Safura bahu kanan Anafera.

“Majalah Media ada lagi.”Teringat Anafera tujuan sebenar.

“Ada itu tinggal satu saja.”Ambil Safura dari bawah meja dan beri Anafera.

“Thank’s !”Ucap Anafera.

Selepas membuat pembayaran terus saja keluar.Langkah terhenti,Tergamak seketika.Ramai sungguh berjalan.Haru-biru perasaan.Takut dan buntu bermain perasaan.Tidak tahu arah mana harus di tuju.

“Mari Ana,lekas masuk dalam!”Panggil Safura keluar dan masuk semula.Menurut Anafera.

“Berani Ana berdiri lagi di luar.”Masih fikir Safura diri Anafera berdiri kaku sebentar tadi tepi jalan.Jalan yang akan menjadi laluan perhimpunan bersih 2.0 hari ini.

Keluar telefon Anafera.Ada mesej dari Asneza.Bertanya di mana Anafera.Masuk semula telefon Anafera.Telefon bordering.Lagu Rihana jadi nada dering bila ada panggilan.Nokia C3 warna biru.Kelurkan semula Anafera.Telefon dari Safira.

“Ya,mak! Kenapa?”Sambut Anafera tinggi suara.

“Ana di mana ni?”Soal Safira ingin tahu.Baru tadi nampak wajah Anafera di kaca TV.

“Kedai,beli barang.”Jawab Anafera.

“Mak nampak tadi di TV Ana berdiri tepi jalan.”Beritahu Safira.

“Sekarang ini banyak orang jalan,Ana takut keluar.”Pandang Anafera di luar kedai.

“Jangan keluar Ana.Diam di situ saja.”Pinta Safira mula risau.

“Yalah mak.”Terima Anafera.

“Jaga diri,Bye.”Akhir kata Safira dan tutup telefon.

Kejut Anafera.Tidak pernah Safira seperti ini bila berbual di telefon.Risau.Agak saja Anafera.

“Aku nak pergi kerja lah.”Pandang Anafera arah Safura.Sibuk susun barang.

“Luar ramai lagi.”Fikir Safura.

“Tadi ramai,sekarang agak kurang sikit.”Pandang sekilas Anafera di luar.

“Yalah.Kalau ramai lagi,balik sini saja.Biar lambat masuk kerja.Keselamatan itu penting.”Bebel Safura.

“Yalah Auntie.”Gurau Anafera senyum pandang Safura.Safura turut senyum.

Terus jalan keluar kedai Seven-Eleven.Dari jauh lagi,sudah di pandang jelas begitu ramai sedang menuju ke depan.Cepat-cepat Anafera melintas.Pandang arah tadi.Semakin dekat.Langkah seribu Anafera dan terus berlari.Cepat masuk Sogo.

“Ana,berani datang sini.”Kejut Asneza lihat Anafera tarik nafas penat.

“Ramai sangat di luar.”Bersuara Anafera penat berkurangan.Nafas perlahan.

“Mesti lah.Perhimpunan itu kan hari ini.Itu sudah mula lah.Berita semalam perhimpunan itu bermula pukul dua.”Penjelasan Asneza.

“Mana aku tahu.”

“Lain kali tonton berita,bukan tonton filem cinta.”

“Suka aku lah.”Kurang senang Anafera.

“Tahu lah Ana suka tengok Stanza Cinta.”Usik Asneza.

“Aku nak balik lah.Malas kerja.”Ingin Anafera.

“Kelas tak pergi kah.”Ingat Asneza.

“Hari ini sabtu lah.Kelas aku isnin hingga khamis saja.”Jeling Anafera.

Belajar di Kolej Generasi, kerja sambilan sebagai promoter di Sogo dan di rumah buat cerpen dan novel,pasti sukar bahagikan masa.Belajar dan kerja.Dua waktu yang tidak tentu.Bila saja hari jumaat hingga ahad,kadang kerja sepenuh masa.Kadang juga terpaksa ponteng kelas semata-mata kerja.Hidup di rantau begitu hebat dugaan.Demi masa depan,pelajaran itu penting.Penderitaan hari ini,biar itu kesenangan hari esok.Itu saja kata jadi nasihat buat diri,bila lemah di simpang jalan.

Safira adik Salma dan emak Anafera,jadi Anafera dan Amera sepupu.Salma sudah macam emak Anafera.Mujur ada keluarga tinggal di kota metropolitan ini.Kuala Lumpur.Kota penuh pancaroba dan penuh liku perjalanan.

“Jauh Ana melamun.”Tepuk Asneza bahu Anafera.Sedar Anafera dari mimpi sebentar.Jauh di bawa pergi.Senyum lihat Asneza.

“Nak balik.”Kata Anafera.

“Teman saya makan dulu,baru Ana balik.”Ajak Asneza.

“Neza belanja.”Usik Anafera.

“Nak belanja,jom lah.”Tarik Asneza tangan Anafera.Terus jalan.

Tidak ramai makan di Sogo.Tempat makan di tingkat atas juga tidak seperti hari biasa.Susah cari tempat duduk kosong bila saja waktu rehat.Ini semua pasti kerna perhimpunan itu.Perhimpunan yang tidak tahu dan entah kenapa ia dibuat. Menyusahkan banyak pihak.Sogo yang biasa ramai pelanggan,hari ini sunyi sepi. Tidak pernah hari sabtu seperti ini.Terus saja turun bawah siap makan.

“Sunyi saja.”Pandang Anafera setiap tingkat.Pekerja semua sembang sakan.Pasti jadi isu perbualan perhimpunan hari ini.

“Tak ada kerja nak buat.Buat bodoh lah.”Kata Asneza.

“Lepas ni aku terus balik,tapi nak singgah kejap di Masjid Jamek,nak beli barang di Mydin.”Ujar Anafera.

“Ana tdak kerja.”Fikir Asneza.

“Malas lah.”Sumbing mulut Anafera.

“Yalah.Aku masuk kerja.”Peluk Asneza dan lepas.Berpisah jalan.Anafera kerja sambilan dengan Asneza.Baik hati Asneza.Faham akan sikap Anafera.

Terus saja Anafera ke stesen Bandaraya.Naik tren LRT ke Masjid Jamek.Turun di Masjid Jamek ke Mydin.Sunyi sepi.Kurang pengunjung.Kiri dan kanan semua pelancong dari luar Negara.Ini pasti juga kerna perhimpunan itu.Mula rasa sakit hati Anafera.Rasa takut juga jalan sendirian.

“Awak,tunggu!” Kuat satu suara memanggil nama Anafera.Lantas toleh ke belakang,ke tepi jalan,kiri dan kanan.Tidak ada orang yang dikenal pasti.Buntu Anafera.Rasa seram.Mungkin perasaan saja.Jalan terus.

“Anafera.”Nama Anafera disebut lagi.Dekat suara itu.Toleh.terhenti degupan jantung Anafera.Berdiri tegak.Pandang tajam lelaki di hadapan ini.

“Awak…..”Sakit hati Anafera.Tidak mampu teruskan kata.

“Ya,saya.”Sahut lelaki.Senyum pandang Anafera.

“Awak nak apalagi dari saya.Awak tinggalkan saya begitu saja dan sekarang muncul sekarang.Nak apa lagi!”Bengang Anafera.Pandang arah lain.Pandang lelaki ini tambah sakit hati saja.Kalau turutkan hati,terus saja jalan.Tidak payah layan lelaki ini.

“Saya nak kita bersatu semula.Saya nak kembali pada awak.”Pohon Zee Zack cuba pegang tangan Anafera.Pantas tepis Anafera.Tidak layak lelaki ini menyentuh tangan ini.

“Saya sudah bertunang dan bulan depan saya kahwin.”Tipu Anafera.

“Awak tipu.Saya cintakan awak.Selama ini saya senantiasa ingat awak.Tidak ada perempuan lain bertakhta di hati ini selan awak.Walaupun kita putus dan saya dengan perempuan lain,tapi hati saya sentiasa ada awak.”Sepenuh hati Zee Zack jelaskan perasaan.

“Lelaki semua sama saja.Itu kata awak depan saya.Semua sudah terlambat.”Berundur langkah ke belakang Anafera.

“Saya merayu pada awak.Kalau awak tdak mahu kembali pada saya,saya tidak akan kahwin sampai mati,kerna di hati ini hanya ada awak saja.”Berdiri Zee Zack depan Anafera.Undur lagi ke belakang Anafera.Lagi rapat Zee Zack.Berdiri kaku Anafera.Pandangan bertemu.

Melawan perasaan Anafera.Lelaki ini amat dicintai,namun sukar sangat lagi untuk bersatu semula.Sakit dan sakit hati ini.Setelah tinggalkan diri ini saat cinta ini sudah jauh di dalam percintaan,saat itu diri ini ditinggalkan.betapa dunia ini gelap dan hidup tidak bererti lagi.Mujur ada Asneza,Safura dan Amera di sisi menemani.Di saat itu juga dia menerima satu titik noktah kehidupan yang nyata berakhir.Kanser di kepala pada tahap maksimum.

“Awak tahu,selama ini saya senantiasa fikir positif dan fikir baik saja akan diri saya.Saya ingat hubungan cinta kita akan terus bersama.Saya fikir hidup ini tidak ada penderitaan dan kesakitan.Bila kita berpisah hidup saya gelap dan semua yang saya fkir itu rupanya umpama mimpi dalam tidur.Sekarang,bila saya sudah baik awak muncul semula.”Luah semua kesakitan di hati Anafera.

“Saya minta maaf.”Pinta Zee Zack.Sayu suara.

“Senang kan kata maaf.Awak tahu,saya terima awak seadanya walaupun saya tahu awak bekas penagih dadah dan anak yatim-piatu.Saya terima awak seadanya.Saya Cuma nak kita dapat bersama.Saya lawan family saya dan gaduh sama ibu dan ayah kerna saya cintakan awak.Saya tidak pernah fikir kekurangan awak,saya hanya fikir kita bersama selamanya.”Terus luah Anafera.

Airmata mengalir membasahi pipi.Wajah mulus ini sudah diserbu air jernih.Hati yang tadi keras,kini sudah lembut semula.Benar kata pepatah,hati perempuan, seperti nasi.Nasi yang keras kalau di tambah air pasti jadi lembut juga.

Jalan Anafera,pantas sambut Zee Zack tangan Anafera dan terus dakapan Zee Zack.Tunduk Anafera.Angkut Zee Zack dagu Anafera.Renung Anafera.Sapu airmata di pipi Anafera.Perlahan-lahan.

“Saya tahu,awak pun masih cintakan saya.Tolong maafkan saya dan kita bersama semula.”Pinta dan penuh mengharap Zee Zack.

“Lepaskan saya!”

Lepas Zee Zack tangan dari rangkul pinggang Anafera.Jarakkan diri.Terus jalan Anafera.Tunduk Zee Zack.Hampa dan musnah harapan.

“Zackkkk…….”Jerit Anafera sebut nama Zee Zack.Toleh Zee Zack.Anafera sudah rebah dan berlumuran darah.Lari Zee Zack dapatkan Anafera.Kereta langgar Anafera sudah hilang entah ke mana.Dukung Anafera.Berlari bawa Anafera.Anafera sudah tidak sedarkan diri.Lambai teksi,terus bawa Anafera ke hospital.

“Dua hari awak tidak sedarkan diri.”Sedar Zee Zack bila Anafera bergerak dari katil.Pandang Zee Zack dan senyum lihat Anafera.

“Terima kasih,sebab bantu saya!”ucap Anafera.

“Dua hari satu malam Ana tidak sedar,Zack jaga Ana.Langsung tidak beranjak dari kerusi.”Muncul Amera dan Safira.Malu Anafera.

“Doktor kata sakit Ana sudah baik.Kanser itu pun hilang entah ke mana.”Beritahu Safira letak barang makan atas meja tepi katil Anafera.

“Ya,kah!”Kejut Anafera dengar.

“Ada ini bubur.Nanti makan.Kami mahu jalan ini.Ada hal lagi nak urus pasal kamu.Jumpa orang langgar kamu.Orang melayu.”Ujar Safira.

“Kalau jumpa orang langgar Ana,jaga cari gaduh ya mak.”Pinta Anafera.

“Yalah.Dia nak bayar semua kos perbelanjaan kamu di sini.”Berlalu Safira dan sempat Amera peluk Anafera dan berlalu.

Diam membisu seketika Zee Zack dan Anafera.Bangun Zee Zack.Buka plastik di bawa tadi Safira.Keluarkan bekas makanan.Hulur Zee Zack pada Anafera.Senyum Anafera.

“Terima kasih!”Ucap Anafera.

“Sini saya tolong.”Sudi Zee Zack dan bersentuhan tangan.Mata bertemu.Biar seketika.Ada getaran di dada.Angkat tangan Zee Zack.Duduk Anafera.

“Bukan hati ini seperti batu keras,namun kedegilan ini pada dasarnya bukan juga aku inginkan.Aku terpaksa oleh keadaan yang sengaja menjerat keadaan diri-ku.”Bersuara penuh kata perasaan Anafera.Tunduk.

Duduk Zee Zack di atas katil.Hadap Anafera.

“Bukan pada orang lain kita mampu berdiri pada hari ini,namun kerna kekuatan dalam diri kita terus pertahankan.Bercinta tidak semestinya memiliki dan tidak semestinya bersatu.”Nyata Zee Zack pegang dua tangan Anafera.

Tegakkan tubuh Anafera.Pandang tepat Zee Zack.

“Kita insan biasa,pasti ada peluang lagi harus kita berikan.”Sudi Anafera terima Zee Zack.

“Terima kasih kerna memberi peluang itu.”Senyum Zee Zack dan kucup tangan Anafera.Tunduk malu Anafera.

“Saya terima kehendak takdir,kalau ada jodoh tidak akan ke mana.”Sayu Anafera renung mesra Zee Zack.

Kadang hati ini seperti batu keras,namun adakalanya seperti bubur begitu lembut dan kadangkala juga seperti air.Bisa saja di umpama apa cara,namun semua itu hanyalah mainan perasaan.Hanya insan yang rapat dan selalu di sisi kita faham diri kita dan yang utama DIA lebih dari semua,kerna DIA saja faham sepenuhnya siapa kita.

RON ONY RONNY.TM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sabar dan belajar prosesnya - Video motivasi

MENGHADAPI DUNIA DENGAN MENJADI DIRI SENDIRI

TIANG KEKUATAN DALAM PERJALANAN KEHIDUPAN ANTARANYA KETABAHAN