Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

Impian besar dan matlamat hidup - VIDEO MOTIVASI


 IMPIAN BESAR DAN MATLAMAT HIDUP

Kita pasti ada impian dan matlamat hidup.
Kita pasti ada tujuan hidup yang baik.
Semua itu perlu waktu dan ada prosesnya. Yang penting kena hadapi semua itu dan tetap pada dasar landasan dan tujuan kita.

Bersedia menghadapi apa saja cabaran dan tetap berpegang dengan apa yang sudah kita tetapkan mahu capai. Usah tergesa-gesa kerana semua itu ada waktunya kita dapatkan.

Apa matlamat dalam hidupmu?
Masih berusaha atau sudah dapatkan?

Kiranya video ini memberi inspirasi dan semangat kepada kita untuk terus bersemangat lebih lagi dalam menjalani hidup, Tetap kuat menghadapi cabaran dan tetap hebat melawan masalah. Tidak mudah mengalah dan tidak mudah putus asa. 

Kiranya ada persamaan,ianya kebetulan sahaja. Penjelasan dan keterangan mungkin berbeza memandangkan ia disesuaikan mengikut bahasa dan situasi. Kongsikan kiranya ini memberi inspirasi kepada anda. Amat dialu-alukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 kata motivasi berkenaan gigih dalam menghadapi halangan hidup

20 PETIKAN ATAU KATA-KATA DARI TOKOH TERKENAL YANG BERKAITAN DENGAN TEMA KECEKALAN

10 kata motivasi berkenaan ketabahan dalam menghadapi tentangan hidup