Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

Kata-Kata Semangat Dan Motivasi

 

Kata-Kata Semangat Dan Motivasi

BANGKITLAH!

Jangan putus harapan. Terapkan dalam diri anda dengan kata-kata motivasi yang mampu membakar semangat juang kita.

Motivasi adalah sesuatu yang dapat memberikan dorongan, input positif, dan memberikan semangat untuk melakukan sesuatu yang telah dirancang dan ingin dicapai.


 11) Adalah mustahil untuk anda melihat dengan jelas apakah halangan apabila anda mula bertindak untuk mencapai matlamat anda. Selagi anda dapat melihat dengan jelas matlamat anda pada masa sukar, anda akan terus bertindak.

12) Anda akan jauh lebih berjaya daripada orang lain dengan melakukan perkara yang orang lain tidak mahu lakukan.

13) Anda akan miliki apa yang anda inginkan sekiranya anda sanggup berkorban.

14) Kebahagiaan itu simple. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki saat ini dan jangan sesekali dengki terhadap kejayaan orang lain.

15) Biarkanlah senyumanmu yang mengubah dunia. Tetapi, jangan pernah biarkan dunia yang mengubah senyumanmu.

16) Ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha.

17) Jangan sesekali pernah takut untuk mencuba, kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah merasakan keberhasilan.

18) Jika kau berhasrat untuk menjadi orang yang berjaya, mulai lah dari sekarang dan cubalah untuk melakukan sesuatu hal yang bermanfaat.

19) Jangan sesekali berfikir untuk berhenti dari apa yang telah kamu usahakan selama ini, kerana langkahmu sudah terlalu jauh untuk menyerah.

20) Teruslah percaya dan berusahalah sehabis mungkin untuk meraih cita-cita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 kata motivasi berkenaan gigih dalam menghadapi halangan hidup

20 PETIKAN ATAU KATA-KATA DARI TOKOH TERKENAL YANG BERKAITAN DENGAN TEMA KECEKALAN

10 kata motivasi berkenaan ketabahan dalam menghadapi tentangan hidup