Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

KATA-KATA PENUH MAKNA

 KATA-KATA PENUH MAKNA

1. Tetap rendah hati dalam kemenangan dan teguh dalam kekalahan. Kedua-duanya adalah bagian penting dari perjalanan Anda.

2. Kebijaksanaan menjanjikan kebahagiaan dan kekayaan. Tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

3. Jangan sesekali pernah membenci seseorang yang telah melukakan hati kita kerana mungkin orang yang telah melukakan hati kita itu juga pernah buat kita tersenyum pada suatu ketika dahulu.

4. Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.

5. Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.

6. Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.

7. Sakit dalam perjuangan itu hanya sementara, namun jika menyerah, rasa sakit itu akan terasa selamanya.

8. Disaat kita hilang semangat untuk berusaha, fikirkan semula kenapa kita memulakannya dulu. Maka semangatmu akan kembali.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 kata motivasi berkenaan gigih dalam menghadapi halangan hidup

20 PETIKAN ATAU KATA-KATA DARI TOKOH TERKENAL YANG BERKAITAN DENGAN TEMA KECEKALAN

10 kata motivasi berkenaan ketabahan dalam menghadapi tentangan hidup