Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

Kata-Kata Semangat Dan Motivasi

 

Kata-Kata Semangat Dan Motivasi

Motivasi adalah sesuatu yang dapat memberikan dorongan, input positif, dan memberikan semangat untuk melakukan sesuatu yang telah dirancang dan ingin dicapai.

Jangan terlalu memikirkan masa hadapan yang terlalu jauh kerana hidup mesti diteruskan. Apa yang penting adalah melihat realiti pada hari ini untuk anda cekal dan tabah meneruskan kehidupan. Walaupun kegagalan dapat membuat anda jatuh putus asa, anda mesti bangkit semula.


1) Anda memiliki dua pilihan sepanjang hayat. Sakit kerana ingin berubah atau sakit kerana tidak berubah.

2) Anda menjadikan dunia ini lebih baik dengan anda sendiri menjadi lebih baik.

3) Anda menuai apa yang anda tanam.

4) Anda merupakan arkitek masa depan anda.

5) Anda tidak boleh mengawal apa yang berlaku pada diri anda. Namun anda boleh mengawal sikap anda apabila sesuatu perkara terjadi.

6) Anda tidak dapat mengawal orang lain namun anda dapat mengawal diri anda sendiri.

7) Anda tidak dapat mengawal orang lain namun anda dapat mengawal diri anda sendiri.

8) Anda tidak perlu menguruskan masa kerana masa tetap 24 jam sehari. Apa yang perlu anda lakukan ialah menguruskan diri anda sendiri.

9) Anda yang menentukan sama ada diri anda menjadi bertambah kuat atau lemah.

10) 20 tahun dari sekarang, anda akan kecewa dengan perkara yang tidak anda lakukan berbanding dengan perkara yang telah anda lakukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 kata motivasi berkenaan gigih dalam menghadapi halangan hidup

20 PETIKAN ATAU KATA-KATA DARI TOKOH TERKENAL YANG BERKAITAN DENGAN TEMA KECEKALAN

10 kata motivasi berkenaan ketabahan dalam menghadapi tentangan hidup