Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

MEMBINA DAYA TAHAN MENTAL

 Membina daya tahan mental 

ialah keupayaan untuk kekal kuat, fleksibel dan positif dalam menghadapi tekanan, cabaran dan halangan yang datang dalam hidup kita. Ia merupakan aspek penting dalam kesejahteraan mental dan mempunyai kesan besar terhadap kualiti hidup.


Membangun dan Belajar Berterusan

Kekal terbuka kepada pembelajaran dan pertumbuhan. Ketahanan mental berkembang dengan masa dan pengalaman. Belajar dan belajar lagi tambah pengalaman dan dasar yang kukuh untuk mampu bertahan bila cabaran wujud.


Membangunkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

 Mempelajari cara menyelesaikan masalah dengan cara yang berkesan membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan daya tahan mental. Usaha cari jalan penyelesaian setiap masalah dan bukan biarkan atau dielakkan. Masalah harus diselesaikan.


Terima Kegagalan sebagai Sebahagian daripada Proses

Kegagalan adalah lumrah kehidupan. Cuba lihat ia sebagai peluang untuk belajar dan berkembang daripada kekalahan. Jangan gagal dan berputus asa, tapi bangkit dan terima kegagalan dengan keterbukaan hati.


Amalkan Penjagaan Diri

 Menjaga diri anda adalah kunci kepada daya tahan mental yang kuat. Ini termasuk tidur yang cukup, makan sihat, bersenam, dan mengekalkan gaya hidup yang seimbang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 kata motivasi berkenaan gigih dalam menghadapi halangan hidup

20 PETIKAN ATAU KATA-KATA DARI TOKOH TERKENAL YANG BERKAITAN DENGAN TEMA KECEKALAN

10 kata motivasi berkenaan ketabahan dalam menghadapi tentangan hidup