Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

Quote Tentang Kejayaan

 

Quote Tentang Kejayaan


Di saat kita mungkin rasa lemah dan perlukan bantuan, Quote Tentang Kejayaan dan Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan ada kalanya mampu memberikan kita sedikit inspirasi dan motivasi untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.

Ada kalanya kita perlu “diketuk” agar tersedar dari lamunan, agar tidak terus terleka dibuai dengan kesedihan.


Ada kalanya Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan ini mampu menyedarkan kita yang terbuai oleh kesedihan, memberikan kita motivasi untuk terus hidup kerana setiap permasalahan pasti ada sinarnya di penghujung jalan.


Ada kalanya membaca Quote Tentang Kejayaan dan Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan sedikit sebanyak dapat menceriakan kembali hari kita yang suram.

Lumrah kehidupan kita sebagai manusia, ada hari kita ceria sepanjang hari namun ada kalanya kita terpaksa melalu hari yang suram dan mendung.

Namun, apa jua yang berlaku kehidupan tetap perlu diteruskan – untuk diri kita dan keluarga yang tersayang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 kata motivasi berkenaan gigih dalam menghadapi halangan hidup

20 PETIKAN ATAU KATA-KATA DARI TOKOH TERKENAL YANG BERKAITAN DENGAN TEMA KECEKALAN

10 kata motivasi berkenaan ketabahan dalam menghadapi tentangan hidup