Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

Quote Tentang Kejayaan

 Quote Tentang Kejayaan yang boleh anda jadikan panduan dan inspirasi hari ini :

“Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.”

“Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini”


“Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan”


“Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang”

“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu”


“Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah”


“Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak”

“Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan”


“Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera”


“Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat”


“Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 kata motivasi berkenaan gigih dalam menghadapi halangan hidup

20 PETIKAN ATAU KATA-KATA DARI TOKOH TERKENAL YANG BERKAITAN DENGAN TEMA KECEKALAN

10 kata motivasi berkenaan ketabahan dalam menghadapi tentangan hidup