RANJAU LUKA
“Ah,kata sama aku lakari di dada kertas putih ini!”Mengeluh Rosima.Berpindah duduk.
Rasa resah,rasa gelisah,rasa risau dan macam-macam ada perasaan waktu ini.Bercampur-baur.Fikiran berputar arah.Kembali lagi pada semula.Buntu di persimpangan jalan.Rancak pula jari-jemari ini berlarian di dada kertas putih ini.Bersandar duduk.Buku diari sejak tadi menemani di tutup.Mata di pejam.Cuba tenangkan perasaan ini.Mungkin dapat di hentikan fikiran yang sedang berserabut.
Masa berlalu pantas.Kelmarin,hari ini dan esok pasti saja tidak sama.Kelmarin hanya tinggal kenangan,hari ini menjanjikan satu lagi perstiwa entah baik,entah buruk.Hari esok pula entah apa lagi kisah akan cuba di cipta.Perasaan ini jauh membawa diri.Dilema dalam situasi yang menjerat perasaan.Takala subuh berlalu,matahari mula bersinar Sang Nyamuk masih lagi ada datang mengusik.Biar saja.Tidak ada waktu bergurau.
“Pakkkk!”Tepuk kuat Zela bahu Rosima.Terkejut Rosima.Pandang Zela.
“Ganggu lah.”Rajuk Rosima senyum pandang Zela.Tarik tangan Zela duduk sebelah.
“Ros,nangis.”Perasaan Zela.Ada sisa airmata pada pipi dan kelopak mata Rosima.
“Entah lah Zela.”Bersahaja Rosima.Bersandar di bahu Zela.
“Kenapa ini?”Soal Zela resah lihat Rosima.Tegakkan tubuh Rosima.
“Teringat pula mama.”Mengalir airmata Rosima.Pegang tangan Zela.
“Yang telah pergi biarkan ia pergi.Usah ingat lagi.Kita yang masih hidup harus teruskan perjuangan.”Nasihat Zela.
“Susah lah aku nak lupuskan dari ingatan ini.Walaupun kisah itu sudah lama berlalu.”Mengaku Rosima.
“Kuatkan semangat Ros.Itu dugaan paling kuat Ros kena lawan.”Pegang erat Zela tangan Rosima.Renung Rosima.
“Aku pun tak tahu Zela,Adakah aku mampu lagi lawan semua itu.”Buntu fikir Rosima.
“Zack kan ada.Kenapa Ros susah terima dia?”Pandang Zela sama Rosima.
“Aku buntu Zela.Dia baik sangat.Aku tak mahu susah kan dia.”Resah Rosima.
“Susah dapat lelaki sebaik Zack.Sanggup terima keadaan Rosima sekarang.Pada hal bukan dia yang lakukan.”Bangga Zela akan Zee Zack.
“Nanti aku fikirkan.”Putus Rosima.
“Ros terima saja Zack.”Harap Zela.
Saling berpandangan.Masing-masing dengan fikiran di minda.
“Saya harap Ros berubah untuk selama-lamanya.”Penuh harapan Zela.
“Doakan saya,Zela.”Minta Rosima.
“Ingat,Ros! aku senantiasa ada di sisi Ros.Apa pun keadaan aku tetap ada di sisi Ros.Kita kawan kan!”
“Terima kasih Zela!”Peluk tepi Rosima akan Zela.Saling berbalas senyum.
“Aku nak pergi tandas lah tadi.”Ujar Zela berdiri dan terus jalan.Senyum Rosima pandang Zela berlalu turun tangga.
Angin sepoi-sepoi menyapa dan berlalu lagi.Tiada pula kedengaran kenderaan lalu-lalang.Maklum saja kawasan kampung.Jauh dari kawasan Bandar.Rumah pula di bina di atas tanah milik sendiri.Beralih duduk Rosima.Duduk di pinggir tingkap menghadap jalan raya. Dari jauh ada motor berhenti.Berdegup kencang jantung.
“Lelaki ini lagi! langusung tidak faham bahasa! sudah kata tidak,lagi memaksa!”Marah dalam hati Rosima.
Senyum Zee Zack pandang Rosima.Rosima masam.Duduk Zee Zack tepi tangga. Menghadap Rosima duduk.Rosima tetap pandang arah jalan.
“Awak nak apa lagi!”Serbu Rosima kemarahan.
“Sepatutnya tetamu kena layan dengan mesra.”Usik Zee Zack.
“Awak tak faham bahasa! aku kata tidak,tidak lah!”Bentak Rosima pandang sekilas Zee Zack.
“Saya ada hak menyintai awak,kerna itu keinginan saya dan bukan paksaan.Terpulang lah awak tolak atau tidak.”Terang Zee Zack.Faham maksud Rosima.
“Awak suka saya sebab saya sudah mengandung kan! awak simpati dengan saya saja!” Tahu Rosima.
“Cinta ini lahir dari sebuah perasaan yang memang sejak semula lagi menyintai seseorang dan itu itu adalah awak.Perasaan ini tidak akan pernah berubah dan tak mungkin akan berubah.”Tegakkan Zee Zack perasaan cinta pada Rosima.Memang ada rasa simpati pada keadaan menimpa Rosima,namun itu bukan alasan.Itu adalah sebab cinta.
“Saya pun sama.Saya tidak akan terima awak.Saya rela lahirkan bayi ini walaupun dia tiada ada ayah.”Turut Rosima.
Berdiri Zee Zack.Terus ke tempat Rosima duduk.Duduk menghadap Rosima.
“Sukar sangat kah awak nak terima saya!”Renung Zee Zack dan pegang dua tangan Rosima.
Tunduk Rosima.Airmata mengalir di pipi.Pantas di sapu Zee Zack.Enggan airmata itu jatuh lagi.
“Saya tak mahu lagi lihat ada airmata di pipi awak.Ia membuat perasaan ini tidak tenang dan ingin saja bahagiakan awak.”Pinta Zee Zack.
Diam membisu Rosima.Lelaki di hadapan ini benar cinta dan bukan tipu belaka,namun enatah mengapa masih enggan menerima.
“Cuba Ima lembut perasaan itu.Cuba terima kehadiran diri ini dalam hidup Ima.Saya ikhlas cintakan Ima dan Ima saja satu-satunya di hati ini.”Mengharap Zee Zack.
Berdiri Rosima.Pantas tarik Zee Zack tangan Rosima.Berdiri sama.Zee Zack belakang Rosima.Berdiri Zee Zack depan Rosima.Pandang Rosima arah lain.
“Saya tahu,Ima sengaja keraskan hati untuk menerima saya kan.Ima degil!”Tahu Zee Zack.
Terus Rosima peluk Zee Zack.Menangis teresak-esak.Balas peluk Zee Zack.
“Terima kasih,wak!”Bersuara Rosima dalam tangisan.Zela yang dari tadi curi-curi dengar turut menangis.Terharu sangat melihat agenda sebentar tadi.Perlahan-lahan Zela naik tangga. Senyum pandang Zee Zack dan Rosima masih dalam pelukkan Zee Zack.
Ini adalah penantian terakhir Zela akan Rosima.Satu perubahan yang akan kekal selama-lamanya.Walaupun hubungan persahabatan ini pernah terjadi permusuhan,namun Zela tetap sabar.Ini pasti sementara.Itu saja jadi kekuatan Zela.Bersyukur kerna berkat doa dan bantuan keluarga,akhirnya Rosima dapat kembali ke pangkal jalan.Ketika Ilahi menjemput Rosita emak Rosima,jatuh tersyungkur Rosima dapatkan Rosita.Hampir sebulan Rosima menangis kerna sesal tidak sempat berubah dan atas kesilapan seorang anak pada ibu.
Rosima mengandung disebabkan silap sendiri.Lelaki tidak bertanggungjawab hilang begitu saja.Mujur Zela tahu di mana tempat tinggal Rosima dan bawa Rosima balik kampung.Zee Zack pula ikhlas dan siap sedia bertanggungjawab terhadap kandungan Rosima.Betapa cinta Zee Zack akan Rosima sejak zaman sekolah menengah tidak pernah pudar.Setia menanti Rosima dan menerima walau apa pun keadaan Rosima.Betapa hebat kuasa cinta itu.
Betapa gembira perasaan ini.Pandang terus Zela.Pandangan mula pudar.
“Zelaaaaa…”Jerit Rosima sedar Zela jatuh rebah ke lantai.Darah mengalir keluar di hidung Zela.Pantas Rosima dan Zee Zack dapatkan Zela.Peluk erat Rosima dan cuba sapu darah di hidung Zela.Menangis kuat Rosima.
“Kenapa ini?”Risau Rosima tidak henti darah keluar di hidung Zela.
“Sakit,Ros!” Suara Zela lemah dan airmata mengalir.Pegang erat tangan Rosima.Renung Rosima.
“Zela,sakit apa?”Soal Rosima ingin tahu.
“Panas!”Semakin lemah suara Zela.
“Panggil nek dan Tuk,Zack!”Pinta Rosima kuat menangis.
Bangun dan berlari terus Zee Zack.Nek Sima dan Tuk Pius pasti di Pondok jual sayur.
“Zela..Zela…Zela…Zelaaaaa……”Goyang Rosima tubuh Zela.Mata Zela tutup dan tubuh kaku.Pegangan tangan Zela lepas dari pegang tangan Rosima.Cuba lagi Rosima.
Zee Zack,Tuk Pius dan Nek Sima cepat dapatkan Rosima dan Zela.Sentuh Nek Sima tangan dan leher Zela.Cuba buka mata Zela.
“Kuatkan semangat Ros.Dia telah pergi tinggalakan kita.”Perlahan suara Nek Sima pandang Rosima dan lain.Airmata mengalirMenangis kuat Rosima dan peluk se-eratnya Zela.Airmata berkejaran keluar.Zela telah pergi buat selamanya.
“Kasihan budak ini.”Sayu suara Tuk Pius pandang tubuh kaku Zela.Airmata turut mengalir.
“Walaupun dia anak yatim-Piatu,saya sayang dia macam anak sendiri.”Sedih sungguh perasaan Tuk Pius.Sentuh tangan Zela.Kucup berulang kali.
Masih segar di ingatan bila pintu di buka,ada bayi di letak.Bila waktu ada situ juga tidak disedari.Nek Sima terima dan siap sedia menjaga.Waktu itu Rosita baru saja sebulan bersalin akan Rosima.
“Tabah sungguh anak ini menanggung sakit.”Kagum Nek Sima pengang erat tangan Zela.
“Dia sakit apa Nek?”Soal Rosima teresak-esak.
“Entah lah Ima.Sejak tahun lalu dia sakit macam ini.Bila bawa jumpa Doktor,kata dia tak ada sakit.”Sayu Nek Sima ceritakan.
“Kenapa harus seperti ini kesakitan yang Ima harus tanggung,Nek?”Meraung Rosima.Baru saja dia bermula satu kehidupan baru,semua yang di sayangi pergi satu demi satu.Sakit sungguh perasaan ini.Tiada lagi teman rapat.Semua telah pergi.
“Kuatkan semangat Ima.Nek ada.”Peluk erat Nek Sima akan Rosima.
“Sakit Nek!”Luah Rosima sayu.
Tuk Pius dan Zee Zack turut sama sedih.
Kepergian Rosita hanya sempat di lihat ketika mata Rosita sudah tertutup.Tidak sempat mata bertemu mata.Rosita kemalangan jalan raya.Zela yang memberitahu dan bersusah payah mencari Rosima.Bila saja tiba di rumah,mata Rosita sudah tertutup.
Kali ini kepergian Zela saat bahagia juga sama.Tidak sempat Zela bersuara.Kini,dia hanya sendirian dan hidup sebatang kara dan bergelar yatim-piatu.Mujur ada lagi Tuk Pius dan Nek Sima.Betapa hebat dugaan ini menerja diri.Langsung tidak ada perasaan belas kasihan.Kejam sungguh.Pandang pada Zee Zack.Harap saja lelaki ini setia hingga hujung nyawa pertemuan. penuh harapan Rosima pada Zee Zack.Pandang Zee Zack pada Rosima penuh ketajaman.Diri ini aka nada di sisi dan tetap setia bersama walau suka dan duka.Penuh keyakinan Zee Zack pada cinta akan Rosima.
Menyesal saat ini semua sudah terlambat.Tidak berguna lagi.Apa yang telah terjadi tidak dapat di ulang kembali.Betapa juga menyesal diri kerna terpengaruh kehidupan Bandar. Semua yang ada depan mata hanya tipu belaka.Pengaruh rakan buat diri mudah diperdaya. Semua itu buat dia lupa akan keluarga di kampung halaman dan lupa diri.Ini benar ranjau luka.Ranjau luka yang hebat.Sangat hebat.Mujur saat dia ditinggalkan,Zela sempat memaut ketika hidup itu berubah gelap-gelita.Kawan itu macam-macam ada-Nya.Merontah-rontah perasaan Rosima.Menangis sepuasnya.Biar lah airmata ini mengalir tanpa henti saat ini. Layari saja perasaan ini.Ini lah kelukaan.Luka akibat ranjau luka yang menerja.
Hasil Karya,
Sahabat Kampung,tm.
Ulasan
Catat Ulasan