Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

Renung-renungkan lah

Kalau anda baik hati,orang akan menuduh anda ada udang di sebalik batu,
tetap berbuat baik juga,
kalau anda berjaya,anda akan memenangi teman-teman palsu dan musuh-musuh,
tetaplah meraih kejayaan juga,
apa yang anda bangunkan bertahun-tahun,mungkin akan dihancurkan seseorang dalam satu hari saja,
tetap bangunkan juga,
kebaikkan yang anda lakukan hari ini akan dilupakan esok,
tetap berbuat baik juga,
jika anda berikan dunia ini yang terbaik mereka akan menuntut lebih banyak,
tetap berikan yang terbaik juga.
PADA HAKIKATNYA SEGALA SESUATU YANG ANDA LAKUKAN,
HANYA URUSAN PENTING
ANTARA ANDA DAN DIA

sahabat kampung@ TM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 kata motivasi berkenaan gigih dalam menghadapi halangan hidup

20 PETIKAN ATAU KATA-KATA DARI TOKOH TERKENAL YANG BERKAITAN DENGAN TEMA KECEKALAN

10 kata motivasi berkenaan ketabahan dalam menghadapi tentangan hidup