Catatan

 Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri. Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan. Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu. Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita. Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak. Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu. Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidup...

BUKAN HATIKU BATU....cerpen

          Hujan turun membasahi bumi.Awal pagi seperti ini pasti rasa malas bangun dari tidur.Jika boleh tidur dua puluh empat jam lagi baik,tapi tugas sepanjang hari ini padat dan harus diselesaikan hari ini.Terpaksa juga kaki diangkut dari atas katil. Duduk lagi.Kuat sangat rasa malas ini memujuk diri.Lantas berdiri,kalau turutkan hati,nanti malas dan malas.Berperang perasaan sendiri.Matahari baru saja memulakan tugas sinarkan bumi.Bumi semakin tua,itu kata orang tua.Kiamat sudah dekat.Taubat cepat-cepat,takut nanti tidak sempat taubat,DIA sudah menjemput kita. Terus ke bilik mandi.Kedinginan mencengkam tubuh.Pantas air diserbu seluruh tubuh.Rasa sejuk ini kena lawan juga,baru badan segar dan malas itu berlari jauh-jauh.Keluar dari bilik mandi. “Awal Ana mandi.”Senyum pagi Amera muncul dari arah dapur.Terus jalan ke ruang tamu. “Hari ini nak jalan awal sikit.”Balas senyum Anafera berpeluk tubuh.Bergegas masuk bilik.Seluar Jeans warna bi...

FOREVER...PRODUCK FOREVER

Imej
USAH FIKIR PANJANG………..KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA!!! FOREVER AND FOREVER………PRODUCK FOREVER MAHAL,TAPI DAPAT GUNA MAHAL,NAMUN BERBALOI!!! TULUN MADUING.BLOGSPORT.COM Hai,semua!   Kehidupan hari ini pasti tidak sama hari esok kan.mmmm…. Macam tu la juga saya.Ingatkan sama saja,tapi saya silap. Terlalu fikirkan masa depan hingga lupa jaga diri sendiri hingga la Wajah halus dan bersih ini diserbu sang jerawat.Sakit dan sungguh sakit hati. Mencari dan mencari apa ubat dapat baiki namun bulan demi bulan dan hingga ke tahun Masih juga gagal menemukan.Tanpa aku sedari,yang tidak duga itu yang akan terjadi.Saya dipertemukan Dengan product FOREVER. Klik blog saya dan anda tahu jawapan….Kongsi bersama. TULUN MADUING.BLOGSPOT.COM

SIKAT

Imej
Mmmmmm…………           Entah kata apa aku nak mulakan pada sikat ini.Sukar membariskan kata buat sikat yang cukup istimewa ini.Sikat ini sebenar jika anda lihat lebih dekat,saya beli pada 24/09/2003.Warna merah,mmm…itu bukan lah warna kegemaran saya.Warna kunig warna kegemaran saya.Mulanya sikat ini memang dua pun,tapi satu hilang entah bila waktu.Itu warna kuning.Saya beli dua,kerna angka dua nombor saya suka.Siap dengan tarikh dan nama saya toreh pada sikat ini.Sebagai kenangan.Sudah begitu lama bersama saya.Jika anda sedari ia sudah hampir lapan tahun bersama saya.Cukup saya sayang.Ini lah paling lama berada dalam simpan saya dan hingga kini ia masih saya guna dan masih lagi baik seperti semula.        Begitu setia aku menjaga dan senantiasa bersama saya.Di mana kaki ini melangkah pergi ia tetap ada di sisi saya.Kan baik jika sebuah persahabatan itu seperti sikat ini.kekal lama.Ini kan Cuma sebuah sikat bukan a...

Cerpen

RANJAU LUKA “ Ah,kata sama aku lakari di dada kertas putih ini!”Mengeluh Rosima.Berpindah duduk. Rasa resah,rasa gelisah,rasa risau dan macam-macam ada perasaan waktu ini.Bercampur-baur.Fikiran berputar arah.Kembali lagi pada semula.Buntu di persimpangan jalan.Rancak pula jari-jemari ini berlarian di dada kertas putih ini.Bersandar duduk.Buku diari sejak tadi menemani di tutup.Mata di pejam.Cuba tenangkan perasaan ini.Mungkin dapat di hentikan fikiran yang sedang berserabut. Masa berlalu pantas.Kelmarin,hari ini dan esok pasti saja tidak sama.Kelmarin hanya tinggal kenangan,hari ini menjanjikan satu lagi perstiwa entah baik,entah buruk.Hari esok pula entah apa lagi kisah akan cuba di cipta.Perasaan ini jauh membawa diri.Dilema dalam situasi yang menjerat perasaan.Takala subuh berlalu,matahari mula bersinar Sang Nyamuk masih lagi ada datang mengusik.Biar saja.Tidak ada waktu bergurau. “ Pakkkk!”Tepuk kuat Zela bahu Rosima.Terkejut Rosima.Pandang Zela. “ Ganggu lah.”Rajuk Rosima senyum p...

Renung-renungkan lah

Kalau anda baik hati,orang akan menuduh anda ada udang di sebalik batu, tetap berbuat baik juga, kalau anda berjaya,anda akan memenangi teman-teman palsu dan musuh-musuh, tetaplah meraih kejayaan juga, apa yang anda bangunkan bertahun-tahun,mungkin akan dihancurkan seseorang dalam satu hari saja, tetap bangunkan juga, kebaikkan yang anda lakukan hari ini akan dilupakan esok, tetap berbuat baik juga, jika anda berikan dunia ini yang terbaik mereka akan menuntut lebih banyak, tetap berikan yang terbaik juga. PADA HAKIKATNYA SEGALA SESUATU YANG ANDA LAKUKAN, HANYA URUSAN PENTING ANTARA ANDA DAN DIA sahabat kampung@ TM

Renungan sejenak

Masa begitu pantas berlalu.Aku masih seperti ini.Duduk sendirian.Merenung jauh di hadapan.Di lema dalam situasi yang menjerat perasaan.Takala senja berlalu,matahari menghilang di telan gelap malam,ku cuba hitung sang Nyamuk yang lalu-lalang di hadapan.Sekali ku tepuk pantas saja ku dapat.Bosan melayan telatah-Nya.Bukan waktu untuk bergurau. Cahaya bulan mula menerangi.Cuba pula mencari ruang di celahan pepohon.Kesunyian malam pantas saja di alunkan sang penghibur malam.Angin datang menyapa,berlalu dan datang lagi cuba memukul diri ku.Ada pula masa bergurau.Pandang pepohon,sekan melambai pada-ku.Ingin bermain dan terhenti lagi.Tidak sesuai waktu.Aku bingung mencari makna pada semua ini. Terlintas di lubuk kata ini,Indah sungguh Ciptaan TUHAN.Setiap yang berlaku itu ada tersirat dan tersurat.Sukar juga mencari makna dan maksud pada tiap kejadian itu.Persoalan ini sejak semula lagi,rajin bertandang.Gagal lagi mencari jawapan.Selalu saja tergantung tidak bertali. Ah!!! perasaan ku meronta...